Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan
Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda
Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban
dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab
mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi).
-
Puasa sehari pada bulan Rejab
mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
-
Puasa dua hari dilipatgandakan
pahalanya.
-
Puasa tiga hari pada bulan Rejab
dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya
setahun perjalanan).
-
Puasa empat hari pada bulan Rejab
diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada
fitnah Dajal di hari kiamat.
-
Puasa lima hari pada bulan Rejab,
aman daripada azab kubur.
-
Puasa enam hari pada bulan Rejab,
keluar kubur bercahaya muka.
-
Puasa tujuh hari pada bulan Rejab,
ditutup daripada tujuh pintu neraka.
-
Puasa lapan hari pada bulan Rejab,
dibuka baginya lapan pintu syurga.
-
Puasa sembilan hari pada bulan Rejab
keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia
masuk syurga.
-
Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah
jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu
batu di hari kiamat.
-
Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab
akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi
Allah di dalam syurga.
-
Puasa 19 belas hari pada bulan
Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim
a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
-
Puasa 20 hari pada bulan Rejab,
diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang
tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
ü Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
ü Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
ü Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan
Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat
puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti
kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti
mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan
akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah),
diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa
Bulan Rejab wajib baginya:
-
Diampunkan dosanya yang lalu.
-
Dipeliharakan Allah umurnya yang
tinggal.
-
Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah
bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah
pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai
bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada
bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik
dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab
dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh
mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa
meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100
kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru
kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian
Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah
`arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan
pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang
mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di
dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di
dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu
di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan).
(Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang
beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan
beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu
yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. (http://www.ashtech.com.my)
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar