Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak
kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang
keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa
tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan
ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu
Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila
telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu
neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim,
Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
2. Daripada
Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa
yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan
diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn
majah, Ibn Habban dan Baihaqi.
3. Abu
Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan
dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat
Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.
4. Daripada
Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus
apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah
apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan
sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu
perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik
dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?
Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian
dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau
membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar
daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi.
5. Daripada
Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah
S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya
melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah
perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang
menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia
dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan
yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang
berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan
bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya
apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu
Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim,
Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.
PENERANGAN HADIS
a. Semua
hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita
sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
b. Pintu
syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini
menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat
dan menurut segala perintahNya.
c. Syaitan
diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan
penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada
diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
d. Pentingnya
keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
e. Puasa
mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia
mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
f. Kita
mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah
Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama
dihancurkan iaitu pada 1924.
g. Jauhkan
daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun
percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak
melanggar hukum syarak.
h. Kita
mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
i. Bau
mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
j. Orang
berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila
bertemu Allah kelak.
k. Di
dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka
berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
-
Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq
oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
-
Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar
Al-'Asqalani
-
Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar