(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan,
Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda
Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya,
kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis).
2. Barangsiapa
berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka .
Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala
oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan
puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan
ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada
huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan
diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa
berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada
sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata
Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah
bulan Sya`ban.
5. Sabda
Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban
ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa
(jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda
Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang
berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku
beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang
telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah
ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda
Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang
amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa
bulan Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda
Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti
kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang
lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas
bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis).
9. Bulan
Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan
Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam
Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada
Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan
Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang
tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di
dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis).
10. Sabda
Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka
diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur
dengan saudaranya.(Al-hadis).
11. Sabdanya
lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya
bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah
orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala`
Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya,
demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis).
12. Tersebut
dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut
berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut
di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban
menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali
keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah
mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan
kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka
segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala
pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang
yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga,
malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada
pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada
malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang
yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu
langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal
kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan
pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta
ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah
terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar
subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin
lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab
diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu
riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka
sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada
malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa
membaca,
(Tiada
tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi
teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa
seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis
pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).
15. Allah
tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
-
Orang yang kekal minum arak
-
Orang yang durhaka kepada ibubapa
-
Orang yang kekal dalam zina
-
Orang yang banyak berkelahi
-
Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah
yang dusta
-
Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi
(Al-hadis).
16. Riwayat
daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu
Sya`ban
setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:
Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah
orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka
Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki
perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya
kepada saudaranya. (Al-hadis).
17. Sabda
Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini?
Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam
nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka
beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku
letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku
kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam
sujudnya:
(Aku
berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung
dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan
Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga
memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah
mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis).
18. Sesiapa
sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal
daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s
lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat
Muhammad s.a.w".
(Nabi
Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang
orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah
disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu
malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan
malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat
dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau
sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w
berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat
mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim
(nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa
padanya.
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
Apabila telah selesai sembahyang Maghrib,
hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan
umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah
"Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah
rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta
diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan
doa-doanya.
KELEBIHAN BULAN SYABAAN
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban,
baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti
kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa
berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.
Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala
oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia
sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya
Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di
hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada
bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam
syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata
Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan
Sya'aban. Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan
umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan
dosa (jasmini rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana
membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban,
kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di
ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara
lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus
pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban
kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih
afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban:
Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas
bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan
Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia'
(Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan
Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu
Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam
Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat
kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan
diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu,
kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap
ibubapa.
Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu
Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan
orang yang tidak bertutur dengan saudaranya. Apabila pada malam Nisfu Sya'aban
maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada
siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka
Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang
meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga
keluar fajar subuh.
Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin,
burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu
Sya'aban
Tersebut
di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu
Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah
s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah
Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya
sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba
terbuka segala pintu syurga.
Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya
Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi
dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya
pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat
dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari
kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam
Nisfu Sya'aban enam orang:
-
Orang yang kekal minum arak.
-
Orang yang durhaka dua ibubapanya.
-
Orang yang kekal dalam zina.
-
Orang yang banyak berkelahi.
-
Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah
yang dusta.
-
Orang yang memperlagakan orang supaya
berkelahi.
Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3
malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah
orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang
meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun
maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan
diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang
berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau
izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi
pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil
ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di
atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan
aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::
“AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI
SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU
DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA
ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI
ENGKAU.”
Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam
sujut.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban
daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun.
Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun
berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah disebut empat malam istimewa tentang
beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya
Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana
bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam
Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad
berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat
mustajab doa pada hari Jumaat.
AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca
YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah.
Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang
halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula
YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik
dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan
kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.
(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan
melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa
berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku
padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka
ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau
jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku
lakukan.
Memohon
keampunan dua ibubapa,
Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA
IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali
pagi petang)
Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU
BERTAUBAT KEPADANYA.
Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat
seribu tahun).
Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN
TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP
TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.
Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Maksudnya:
Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Maksudnya:
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan
Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan
dengan Allah Yang Maha Agong.
Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali
pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang
Subuh dan Asar.)
Sembahayang-sembahyang
sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat
Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah
malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu. (Sumber: http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic41_2003.htm)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar