Peperangan Zi Qarad adalah
peristiwa penting yang berlaku pada Jamadilakhir, bulan dalam kalendar Islam
sekarang. Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah juga tercatat dalam
Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam. Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang
kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu. Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin Al
Walid dan Abu `Ubaidah. Kemenangan
berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu
berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.
Peristiwa penting lain dalam Jamadilakhir :-
Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq
pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu'minin Ali bin Abi
Talib. Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya `Ammar bin Yasir dan
Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang
diketuai oleh `Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin
Al `Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan
terhadap pembunuhan Usman bin Affan. Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali
bin Abi Talib. Ada pendapat yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada
Jamadilawal. (Sumber: http://www.ashtech.com.my)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar