Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu
All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham, atau dalam kalangan cerdik pandai di
Barat, beliau dikenal dengan nama Alhazen, adalah seorang ilmuwan Islam yang
ahli dalam bidang sains, falak, matematika, geometri, pengobatan, dan
filsafat. Beliau banyak pula melakukan penyelidikan mengenai cahaya, dan telah
memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam
menciptakan mikroskop serta teleskop.
Masa ilmuwan-ilmuwan Islam
Islam sering kali diberikan gambaran
sebagai agama yang mundur dan memundurkan. Islam juga dikatakan tidak
menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan
dan gambaran yang diberikan itu bukan saja tidak benar tetapi bertentangan
dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.
Sejarah telah membuktikan betapa dunia
Islam telah melahirkan banyak golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam
bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama,
pengobatan, dan sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para
tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekedar dapat menguasai ilmu tersebut
pada usia yang muda, tetapi dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa
bidang ilmu secara bersamaan.
Walaupun tokoh itu lebih dikenali dalam
bidang sains dan pengobatan tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi
dalam bidang agama, falsafah, dan sebagainya. Salah seorang daripada tokoh
tersebut ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan
ibnu al-Haitham.
Perjalanan hidup
Dalam kalangan cerdik pandai di Barat,
beliau dikenali dengan nama Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada
tahun 354H bersamaan dengan 965 Masehi. Beliau memulai pendidikan awalnya di
Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.
Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau
mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah
melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Kecintaannya kepada ilmu telah
membawanya berhijrah ke Mesir. Selama di sana beliau telah mengambil kesempatan
melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil
serta menyalin buku-buku mengenai matematika dan falak. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan uang cadangan dalam menempuh perjalanan menuju Universitas
Al-Azhar.
Hasil daripada usaha itu, beliau telah
menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik,
geometri, pengobatan, dan falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi
salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan
kajiannya mengenai pengobatan mata telah menjadi asas kepada pengajian
pengobatan modern mengenai mata.
Karya dan penelitian
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang
gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan
ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop
serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui
pelbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa buah buku mengenai cahaya yang
ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light
dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan
lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar
bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah
pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk
barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya
seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan
percubaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa
pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk
menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia.
Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu
Haitham telah menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang
bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga
telah menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya.
Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan
perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada
saintis barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau telah membawa
kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada
para penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini.
Filsafat
Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak
menulis mengenai falsafah, logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan
dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya
sarjana terdahulu.
Penulisan falsafahnya banyak tertumpu
kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian. Padanya
pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada
pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.
Beliau juga berpendapat bahawa
kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui
dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai
falsafah amat menarik untuk disoroti.
Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh
dipisahkan daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan
cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu
menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat,
kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.
Karya
Ibnu Haitham membuktikan pandangannya
apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia
mudanya. Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah.
Antara buku karyanya termasuk:
1.
Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang
mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik penganalisaannya;
2.
Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai
ilmu geometri;
3.
Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah
tentang algebra;
4.
Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah
yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;
5.
M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai
penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak dan
6.
Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai
teknik penulisan puisi.
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu
sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai
seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan.
Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini.
Kamera Obscura (dalam bahasa Latin
berarti kamar gelap), pengembangan hasil penemuan Ibnu Al Haitham yang
didasarkan atas prinsip menangkap pantulan cahaya dari sebuah benda.
Walau bagaimanapun sebahagian karyanya
lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa
memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut
berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka
kemungkinan dunia Eropa masih diselubungi dengan kegelapan.
Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan
landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya
mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam
bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.
Referensi:
-
http://id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Haitham
Tidak ada komentar:
Posting Komentar