Melapangkan masa/belanja anak
isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya - Di
akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak
yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya - Allah
akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak
berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak
sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi
sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan
sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir
1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di
akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama
50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari
Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan
kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca "has biallahhu wa nik
mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati
pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku
berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat -
Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid
dan diharamkannya daripada neraka.
http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar